top of page

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah (KUDQI)

Kolej Universiti darul Quran Islamiyyah atau singkatannya KUDQI merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang mendapat pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dengan program 3+1 (3 tahun di KUDQI dan 1 tahun di Universiti Al-Azhar untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda). Setakat ini KUDQI hanya menawarkan dua jabatan pengajian sahaja iaitu Syariah dan Usuluddin (Tafsir dan Hadis). Kesemua mata pelajaran dan kurikulum adalah diselaraskan dengan Universiti Al-Azhar dengan menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya.



Dengan moto “Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran yang Unggul” serta objektif untuk:



"Melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa.
Membentuk masyarakat yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran."


Melahirkan seberapa ulama’ sebagai pemimpin masa akan datang.
KUDQI berusaha sebaiknya demi merealisasikan impian ini.

bottom of page