


LAJNAH PENDIDIKAN Dewan Muslimat PAS Pusat (LAJPEN)
TENTANG LAJPEN
$2600
FALSAFAH PENDIDIKAN
Proses pendidikan yang berpaksikan kepada aqidah ketauhidan kepada Allah swt bersumberkan Al-Quran & As-Sunnah berasaskan sistem pendidikan yang syumul – menyeluruh, seimbang, bersepadu dan berterusan melalui murabbi yang dapat melahirkan insan rabbani sebagai khalifatullah yang berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketrampilan.
VISI
Sistem Pendidikan Islam diterima sebagai Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk umat Islam dan kepada masyarakat umum bagi melahirkan insan cemerlang (khairul ummah)
MISI
Mewujudkan Sistem Pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan sebagai sistem pendidikan sepanjang hayat dari peringkat bayi, pra-sekolah, sekolah, pendidikan tinggi dan pendidikan berterusan.
MATLAMAT PENUBUHAN LAJPEN
1) Memertabatkan sistem pendidikan Islam sebagai sistem pendidikan arus perdana kebangsaan.
2) Memperkasakan pendidikan komuniti sebagai pendidikan berterusan.
3) Menyediakan dana yang mencukupi.
MATLAMAT 1 : (Strategi & Tindakan)
1) Menghasilkan kurikulum bersepadu merangkumi aspek ruhiyah, aqliah dan jasadiah bersumberkan Al-Quran & As-Sunnah
2) Membangunkan pendidik yang menjadi qudwah hasanah, berjiwa besar dan istiqamah.
3) Menubuhkan Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Malaysia atau MAPPIM – Pertubuhan NGO sebagai badan penggerak serta kumpulan pendesak bagi perlaksanaan sistem pendidikan.
4) Menubuhkan Malaysian Islamic Education Quality Assurance (MIEQA) iaitu badan akreditasi yang diiktiraf diperingkat nasional dan antarabangsa.
5) Menubuhkan PENDIDIK – Badan penggerak perubahan dari kumpulan pendidik.
6) Memperkasakan KUIZM dengan kerjasama Dewan Ulama
7) Memperkasakan pendidikan pra-sekolah dengan menubuhkan Majlis Pemuafakatan Tadika Malaysia (MPTM)
MATLAMAT 2 : (Strategi & Tindakan)
1) Menubuhkan KAWAN
2) Menubuhkan badan bagi menggerakkan pendidikan keibubapaan (parenting) dengan kerjasama dewan muslimat.

MATLAMAT 3 : (Strategi & Tindakan)
1) Menubuhkan sebuah Yayasan yang dapat mengumpulkan dana serta merancang pembangunan institusi pendidikan islam secara sistematik untuk mendapatkan keyakinan penuh dan sokongan dari semua lapisan masyarakat.